Vincent Kompany membuat kenyataan media tegas mengecam Jose Mourinho dan menyatakan sokongannya kepada Vinicius Jr.
Pengurus Bayern Munich bercakap hampir dua belas minit mengenai insiden didakwa perkauman yang melibatkan Vinícius Júnior dalam perlawanan Liga Juara-Juara antara Benfica dan Real Madrid, dan mengkritik Jose Mourinho kerana komen pengurus Benfica itu.
Mourinho menyalahkan Vinicius sebagai bersikap provokatif ketika meraikan golnya yang berkelas dunia, dia menari nari di hadapan penyokong Benfica.
Selain itu Mourinho menjelaskan bahawa dia sudah bercakap dengan Prestianni dan Vinicius Jr. Sambil menyimpulkan bahawa dia tidak boleh memihak kepada mana mana pihak.
Kompany menyatakan dia menonton insiden itu secara langsung dan berkata reaksi Vinicius menunjukkan bahawa pemain itu benar benar diserang secara rasis.
Menurut Kompany, mustahil Vinicius berlakan berlebihan, kerana tiada keuntungan yang diperolehi oleh pemain itu dengan melaporkan kepada pengadil.
Kompany menyasarkan kritikan kepada José Mourinho — pengurus Benfica — kerana menyerang watak Vinícius dengan membicarakan cara keraian golnya, dan bukannya menangani isu perkauman itu secara tegas.
Mourinho turut menyebut nama legenda Benfica, Eusebio, sebagai alasan bahawa kelab itu tidak boleh dianggap perkauman disebabkan legenda tersebut berkulit gelap.
Kompany berkata: “Ia topik yang sukar. Saya menonton perlawanan itu dan benar-benar tertarik dengannya. Ada dua komponen berbeza dalam cerita ini.
“Pertama, apa yang berlaku di atas padang – kedua, apa yang berlaku dengan para penyokong. Dan kemudian ada apa yang berlaku selepas perlawanan. Kita perlu memisahkannya. Apabila anda melihat insiden itu sendiri dan bagaimana reaksi Vini, reaksi itu tidak boleh dipalsukan.
“Anda boleh lihat ia adalah reaksi yang emosional. Saya tidak nampak apa manfaat untuk dia pergi kepada pengadil dan meletakkan semua beban ini di atas bahunya. Pada saat itu dia rasa itu perkara yang betul untuk dilakukan.
“Kylian Mbappe biasanya sentiasa bersikap diplomatik, tetapi kali ini dia sangat jelas tentang apa yang dia lihat dan dengar.
“Kemudian ada pemain Benfica yang menyembunyikan apa yang dia katakan dengan menutup mulut menggunakan bajunya. Di stadium juga boleh dilihat ada individu membuat isyarat monyet, dan ia ada dalam rakaman video.
“Bagi saya, apa yang berlaku selepas perlawanan lebih teruk. José Mourinho pada dasarnya telah menyerang perwatakan Vinicius Junior dengan membangkitkan cara dia meraikan gol untuk meragukan tindakannya pada ketika itu.
“Ia satu kesilapan besar dari sudut kepimpinan. Selain itu, Mourinho turut menyebut nama Eusebio. Dia berkata Benfica tidak mungkin bersikap rasis kerana pemain terhebat mereka ialah Eusebio. Adakah dia tahu apa yang pemain kulit hitam terpaksa lalui pada era 60-an? Adakah dia berada di sana menemani Eusébio dalam setiap perlawanan di tempat lawan dan melihat apa yang dia hadapi?
🚨 Vincent Kompany defends Vinicius Jr and criticises Jose Mourinho:
"It's a difficult topic. I watched the game and was really intrigued by it. There are two different components to the story."
"First, what happened on the pitch – second, what happened with the fans as well.… pic.twitter.com/qkMOrhcc50
— Madrid Xtra (@MadridXtra) February 20, 2026
“Menggunakan namanya hari ini untuk mempertikaikan Vini Jr – sejujurnya, saya sendiri kadang-kadang rasa tidak tahu di mana kedudukan saya dalam banyak perkara yang berlaku hari ini, jadi saya tidak mahu berada dalam mana-mana kelompok.
“Saya sudah bertemu dengan 100 orang yang pernah bekerja dengan Jose Mourinho. Saya tidak pernah dengar sesiapa bercakap buruk tentang Jose. Semua pemainnya menyayanginya. Saya faham siapa dirinya, saya faham dia berjuang untuk kelabnya. Saya tahu jauh di sudut hatinya dia seorang yang baik.
“Saya tidak perlu menghakiminya atas perkara itu. Tetapi saya juga tahu apa yang saya dengar. Saya faham apa yang telah berlaku, tetapi dia telah melakukan kesilapan. Harapnya ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan, dan kita boleh terus bergerak ke depan bersama-sama.”