Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2025, kompleks dan pusat beli-belah di seluruh negara tampil dengan wajah baharu — bukan sekadar lokasi membeli-belah dan menjamu selera, tetapi turut berfungsi sebagai hab budaya hidup sihat.

Inisiatif yang berlangsung sepanjang September ini dijangka memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung dengan pelbagai aktiviti berteraskan kesihatan dan kesejahteraan.

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

Kompleks Beli-Belah Berubah Jadi 'Port' Gaya Hidup Sihat

BMSS 2025 merupakan sebahagian daripada usaha di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia berfungsi untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat secara menyeluruh melalui pendekatan Whole of Nation — melibatkan individu, komuniti, organisasi, sektor swasta serta pelbagai agensi.

Kompleks Beli-Belah Sebagai “Health Promoting Mall”

Salah satu fokus utama inisiatif ini ialah menjadikan kompleks beli-belah sebagai “Health Promoting Mall”, iaitu persekitaran yang menyokong serta menggalakkan amalan hidup sihat. Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk:

Mall Walking; aktiviti berjalan 10,000 langkah dalam pusat beli-belah.

Healthy Hour; promosi makanan dan produk sihat.

– Senaman aerobik secara beramai-ramai.

– Pemeriksaan kesihatan percuma.

BMSS 2025 membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman berbeza — menggabungkan aktiviti kesihatan dengan rutin harian di pusat beli-belah. Orang ramai diseru untuk turut serta bersama keluarga, rakan atau komuniti setempat dalam pelbagai program yang disediakan sepanjang bulan ini.

Maklumat lanjut berkenaan lokasi dan aktiviti boleh diperoleh di sini.