Umum ramai mengetahui fungsi lorong kanan lebuh raya adalah untuk kenderaan memecut memotong kenderaan yang ada di lorong tengah.

Bagaimanapun masih ramai pengguna jalan raya yang masih memandu pada had kelajuan 110km/j di lorong kanan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

Netizen mengecam seorang pemilik dashcam yang berkongsi video di mana keretanya dihimpit sebuah Proton Wira.

Tindakan pemilik dashcam itu seolah-olah mahu menyalahkan Proton Wira memandu secara berbahaya dan melebihi had laju.

Bagaimanapun dia tidak sedar yang dia sendirilah lane hogging sampai jadi punca kesesakan lalu lintas pada ketika itu.

Sebelum Proton Wira, ada sebuah Mitsubishi Lancer dipercayai sudah lama mengekori belakang kereta pemilik dashcam berkenaan.

Kedua-dua kereta itu terpaksa memotong di lorong kiri disebabkan pemilik dashcam enggan berganjak dari lorong memotong itu.

Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang apabila berhadapan dengan pengguna jalan raya seperti itu.

Sudahlah perlahan di lorong kanan, kemudian tidak mahu berikan laluan kepada kenderaan lain yang lebih laju daripadanya.

Sebelum ini PLUS Malaysia Berhad ada berkongsi fungsi-fungsi setiap lorong yang ada pada lebuh raya.

Pihak berkenaan berharap agar pengguna jalan raya dapat menggunakan setiap lorong tersebut dengan betul demi keselamatan orang ramai.