Rata-rata pempengaruh memilih jalan pantas untuk tular di media sosial. Antaranya membuat konten penuh kontroversi untuk mendapat tontonan dan pengikut baharu.

Namun, berbeza dengan seorang pencipta kandungan bernama Abdul Qawiy. Kontennya yang suka ‘tebuk’ orang ramai secara rawak untuk uji bacaaan Al-Quran kini semakin mendapat tempat di hati penonton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hafizul Hakim antara yang gembira dengan konten yang dibawa oleh Qawiy di mana baginya, ilmu yang dipelajarinya selama ini digunakan untuk tujuan berdakwah secara santai.

“Saya suka sangat konten daripada Abdul Qawiy. Konten dia tentang tebuk surah Al-Quran. Uji hafalan dan bacaan orang awam. Kebanyakan konten Qawiy, jika mereka berjaya dapat sambung ayat beliau bacakan maka akan dapat hadiah RM50, RM100.

“Ada juga konten dia pula kena tebuk. Orang boleh pilih apa-apa surah. Qawi try sambung. Kalau ada salah dan silap, dia bayar orang tu RM50. Masya Allah, pelbagai latarbelakang orang Islam dari pelbagai negara datang. Ada dari Morroco, Guinea, Somalia. Al-Quran sumber kesatuan orang Islam.

“Qawi ni bekas pelajar Madrasah Darul Uloom Zakariyaa di Johannesburg, South Africa. Tujuh tahun beliau belajar di sana. Dan pernah jadi imam di Brazil, Johannesburg dan pelbagai negara lain. Umur sekarang sekitar 25 tahun dan telah hafal Al-Quran dengan syahadah seawal usia 13 tahun,” tulisnya.

Tambah Hafizul, apa yang dibuat Qawiy adalah satu bentuk dakwah yang berakhlak dan penuh hikmah.

“Kalau first time tengok, kita rasa suka dan teruja tengok orang dapat sambung. Dah masuk video ke-4 dan ke-5 datang keinsafan dalam diri. Bila last kita baca al-Quran.

“Dapat tak kita sambung ayat quran kalau orang tanya. Dan kita akan mula kembali membaca Quran, moga istiqamah sampai ke liang lahad. Here is how good content impact to our life,” tambah Hafizul.

Perkongsian di Facebook tersebut ternyata mendapat perhatian netizen yang lain dan rata-rata mereka setuju dengan apa yang ditulis Hafizul.

“Bagusnya konten dia bila dia tebuk tak memilih. Bukan yang pakai alim, bukan yang nampak soleh tapi sesiapa saja waima peniaga tepi jalan dan mat motor.

“Secara tak langsung mendidik masyarakat supaya jangan cepat menilai pada luaran manusia. Ada yang nampak biasa-biasa tapi bab hafazan dan mengaji dia jauh lebih baik dari kita,” komen Reez Rizal.

Justeru itu Hafizul berkata sama-sama kita menyebarkan kebaikan dan beroleh pahala dengan memilih perkara yang betul untuk kita ikuti dan tonton di media sosial.