First Instance Body (FIB) menjatuhkan hukuman kepada Kuala Lumpur City selepas semakan ke atas dokumen berkenaan caruman LHDN, KWSP dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat.

Perkara ini diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dimana dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, semakan dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB di mana agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City kepada FIB sebelum ini.

Baca Juga:

Maklumat ini jelas bercanggah dengan dokumentasi yang telah diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC.

Berdasarkan insiden sedemikian, perlu dinyatakan bahawa kelab bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyerahan dokumentasi serta integriti keseluruhan dokumentasi yang diserahkan kepada FIB.

“Dengan merujuk‬ kepada‬ MFL‬ CLR‬ 2023‬ bagi‬ Lesen‬ Kebangsaan‬ dibawah‬ artikel‬ 2.4‬ “Licensing Sanctions”, hukuman‬ dikenakan‬ ke‬ atas‬ pasukan‬ Kuala Lumpur City berdasarkan‬ deklarasi‬ tidak tepat / tidak benar adalah seperti berikut:

1. Hukuman Berdasarkan Lesen Kebangsaan

“Dengan‬ merujuk‬ kepada‬ sub-kriteria‬ F.04,‬ tunggakan‬ agensi‬ kerajaan setakat‬ 31 Disember 2023‬ perlu diselesaikan sebelum‬ 30 September 2024‬. Sekiranya‬ pihak‬ KL‬ City‬ gagal‬ menyelesaikan‬ tunggakan‬ tersebut‬ secara‬ bayaran‬ penuh‬ pada‬ tarikh‬ akhir‬ yang‬ ditetapkan‬ oleh‬ pihak‬ FIB,‬ kegagalan ini akan dibawa ke pihak FIB dengan merujuk kepada artikel 2.4 “Licensing Sanctions” untuk tindakan dan hukuman selanjutnya.

“Berdasarkan‬ deklarasi‬ tunggakan‬ yang‬ tidak tepat / tidak benar dengan‬ merujuk‬ kepada‬ artikel‬ 2.4‬ (c), (f) & (o)‬;

• DENDA‬ PEMOTONGAN‬ MATA‬ SEBANYAK‬ 6‬ MATA‬
• DENDA‬ SEBANYAK‬ RM‬ 50,000‬
• Larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025

2. Hukuman Berdasarkan Lesen AFC

“Dengan‬ merujuk‬ kepada‬ sub-kriteria‬ F.04,‬ deklarasi tunggakan‬ bayaran‬ gaji‬ dan‬ agensi‬ kerajaan setakat‬ 31 Disember 2023‬ yang perlu diselesaikan pada‬ 31 Mac 2024‬. Setelah didapati bahawa serahan deklarasi Kelab kepada unit perlesenan kelab MFL melalui system AFC CLAS pada 29 Mac 2024 adalah ‬ tidak tepat / tidak benar,‬ maka‬ dengan‬ merujuk‬ kepada‬ MFL‬ CLR‬ 2023‬ bagi‬ Lesen AFC dibawah artikel 2.4 “Licensing Sanctions (d), (f), (n)” adalah seperti berikut:‬

• TIDAK‬ DIBENARKAN‬ untuk‬ memohon‬ lesen‬ AFC‬ selama‬ dua‬ kitaran Pelesenan kelab‬ MFL‬ (‬kitaran‬ 2024-2025‬ dan‬ 2025-2026‬)‬ ‬
• DENDA‬ SEBANYAK‬ RM‬ 50,000‬
• Lesen‬ AFC‬ bagi‬ pasukan‬ KL‬ City‬ FC‬ yang diluluskan oleh FIB untuk kitaran pelesenan kelab MFL 2023-2024 bagi‬ musim‬ AFC 2024‬-2025‬ DIBATALKAN‬

Selain itu, sekiranya perlu Ahli Lembaga Pengarah MFL juga boleh mengambil tindakan susulan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh KL City FC ini.