Pemain Selangor, Faisal Halim akan menjalani proses menjalani pembedahan buat kali keempat bagi meawat luka lecur yang dialaminya ekoran disimbah asid baru-baru ini.

Ketua perubatan sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair berkata prosedur itu akan melibatkan pengambilan kulit lain di bahagian badan Faisal seperti paha dan akan dipasang di beberapa bahgain yang terkena asid.

Baca Juga:

“Prosedur seterusnya pada minggu hadapan yang melibatkan ‘split skin graft’ jika tiada apa-apa halangan. Kulit yang akan diambil itu bergantung kepada pemeriksaan pakar bedah nanti. Banyak perkara perlu diambil kira terutama kawasan kulit mana yang sesuai dan sebagainya.

“Namun, kalau tengok dari segi prosedur kemungkinan akan diambil daripada bahagian paha. Tetapi, untuk bahagian teknikal ini kita biarkan pakar buat keputusan,” katanya menurut laporan Majoriti.

Faisal Halim

Tambah Dr Hazwan, prosedur pada minggu hadapan akan menjadi pembedahan yang terakhir sekiranya semua berjalan lancar.

Pada masa yang sama, Dr Hazwan juga menyatakan perkembangan Faisal sangat positif minggu ini dimana pakar yang mengendalikan beliau serta pihak kelab gembira dengan perkembangan ini.

Pasukan Selangor mahu memberi fokus terhadap proses pemulihan Faisal Halim terlebih dahulu berbanding memikirkan bila pemain itu akan kembali beraksi.

Perkara ini dinyatakam oleh Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar dimana Faisal ada bertanya mengenai perkembangan pasukan ketika menerima rawatan di hospital.

“Dia ada bertanya kepada isterinya (berkenaan Piala Sumbangsih). Tetapi, buat masa ini macam saya kata, kita tak nak pemikiran dia terganggu.

“Kalau ikutkan Faisal ini seorang yang sangat teliti, sering bertanya apa terjadi. Sekarang ini kita nak fokus kepada pemulihan dia terlebih dahulu,” katanya.