Tindakan seorang pemilik kedai kebab menggunakan nama Kylian Mbappe dalam hidangannya mengundang padah apabila bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu dilaporkan telah menghantar surat saman.
Kedai milik pempengaruh, Mohamed Henni, menjual kebab yang dinamakan sebagai ‘dibuat dengan roti bulat, sebulat tengkorak Mbappe’.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Henni, yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Instagram turut memuat naik surat yang diterimanya daripada agensi Mbappe.
Surat berkenaan dihantar oleh peguam Mbappe, Delphine Verheyden mewakili firma yang menguruskan hak komersial pemain berkenaan, KMA.
Kylian Mbappe is suing a kebab shop owner for using his name in one of his 'Klüb Kebabs', which is described as a "baker round bread, as round as Mbappe's skull" 💀🌯 pic.twitter.com/tG1PDBlaTe
— SPORTbible (@sportbible) March 13, 2024
Dalam surat tersebut, Henni diarahkan mengeluarkan nama Mbappe daripada menu itu dalam tempoh lapan hari atau akan diheret ke mahkamah.
Bagaimanapun, Henni meluahkan kemarahannya menerusi satu video di instagram rasmi dan menegaskan beliau tidak berniat untuk menyakiti Mbappe.
“Tak malukah? Menyaman saya untuk perkara kecil begini. Sukar dipercayai.
“Saya terkejut pemain sehebat ini mempunyai masa untuk berfikir tentang saya. Dia menggunakan masa dan wangnya untuk menyerang saya. Saya tidak menyakiti sesiapa,” kata Henni.
Sebelum ini, nama bekas pemain Perancis, Dimitri Payet turut diletakkan dalam salah satu hidangannya, tetapi tidak sebarang tindakan diambil oleh pemain itu.
Henni menamakan hidangan itu sebagai, “Crepe yang dimuatkan seperti Payet” sebagai menu kebabnya.