Jersi baharu Selangor FC (SFC) sememangnya ‘laku keras’ apabila 500 helai jersi di tempat lawan (Away) edisi ‘Elite’ bagi musim 2024-2025 itu habis terjual dalam tempoh 48 jam.

Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh SFC dalam satu kenyataan di laman sosial rasmi selepas jersi tersebut dilancarkan pada 22 Mac lepas.

Baca Juga:

Direka dengan pemilihan warna kuning sebagai warna utama, jersi Away 2024/25 ini melambangkan kecemerlangan serta keyakinan pasukan Selangor pada musim lalu yang telah layak ke Liga Juara-Juara (ACL2).

Dengan harga RM249, peminat tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan jersi ini yang dihasilkan dengan menggunakan fabrik berkualiti tinggi serta ringan.

Koleksi Joma Elite juga telah direka dengan beberapa kelainan yang tidak ada pada koleksi replika.

Antara kelainan yang ada pada koleksi Joma Elite jersi Away ini adalah tenunan berbentuk Keris Panjang Beruk Berayon dan Keris Terapang Gabus; diilhamkan daripada jata negeri Selangor yang terdapat pada logo Selangor FC.

Tenunan ini tidak ada pada jersi Replika dan β€˜Fans Issue’. Selain itu, logo Selangor FC dan logo Joma juga menggunakan material yang lebih baik daripada koleksi lain.

Seterusnya, β€˜patch’ bertulisan β€˜ELITE’ diletakkan di bahagian bawah kiri jersi yang juga merupakan antara logo utama jenama Joma sebagai kesinambungan hubungan kerjasama di antara Selangor FC dan Joma yang telah berusia lima tahun.

Walaupun edisi ‘Elite’ sudah habis terjual namun para penyokong setia masih boleh mendapatkan jersi replika dengan harga RM149 di laman web rasmi SFC atau di Pusat Latihan SFC.