Legenda skuad kebangsaan Amerika Syarikat, Alexi Lalas mengecam tindakan bintang Inter Miami, Lionel Messi yang enggan beraksi dalam perlawanan MLS All-Star.

Messi dan rakan sepasukannya, Jordi Alba digantung satu perlawanan kerana tidak beraksi pada perlawanan MLS All-Star bertemu Liga MX All-Star pada Rabu lalu.

Baca Juga:

Peraturan liga menyatakan bahawa mana-mana pemain yang memilih untuk tidak menyertai acara tersebut tanpa sebab perubatan yang diluluskan boleh dikenakan penggantungan satu perlawanan.

Walaupun Messi dan Alba telah diundi ke dalam skuad oleh peminat dan media, kedua-dua tidak menyertai pasukan tersebut yang sekali gus menyaksikan mereka menerima hukuman.

Ia menyebabkan dua pemain tersebut tidak dapat beraksi ketika Inter Miami bertemu FC Cincinnati yang menyaksikan perlawanan berkesudahan tanpa jaringan.

Lalas Kecam Messi Tak Sertai Aksi All-Star: 'Dia Macam Orang Suci Menentang Kejahatan MLS'
Bersama teman baiknya yang baharu sahaja menyertai Inter Miami, Rodrigo De Paul. Kredit Foto: NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Kecaman Lalas Terhadap Messi

Sehubungan dengan itu, Lalas yang merupakan bekas Pengurus Besar MLS memberikan kritikan pedas buat pemenang enam kali Ballon d’Or itu atas tindakannya.

“Menarik cara isu ini ditangani dan reaksi yang berlaku. Kita semua pernah terlibat atau membesar dengan menonton perlawanan All-Star dalam pelbagai sukan di sini. Ia perkara yang biasa bagi kita.’

“Tapi saya nak tegaskan, cara orang menggambarkan Messi sekarang sebagai semacam orang suci yang sedang berjuang menentang ‘kejahatan’ MLS atau struktur liganya,atau konsep All-Star itu sendiri.”

Inter Miami Lionel messi
Sumber Gambar: AFP

“Itu agak keterlaluan, malah boleh dikatakan agak mengarut,” ujar Lalas menurut sumber laporan Goal.

“Dia menandatangani kontraknya. Dia tahu bahawa bermain dalam perlawanan All-Star adalah sebahagian daripada kontrak tersebut.”

“Jadi dia tahu peraturan. Jadi Messi, anda kena matang. Anda kena ikut serta (perlawanan MLS All-Star).”

“Dan kalau anda tak nak main dalam perlawanan All-Star, anda sepatutnya gunakan pengaruh yang ada masa nak tandatangan kontrak tu dan letakkan syarat dari awal (untuk tak sertai perlawanan tersebut),” tambah Lalas lagi.

Sumber