Zain Saidin akui dia dah lama hilang ‘job’ berlakon kerana tiada tawaran datang kepadanya dan kini aktif di TikTok.

Zain Saidin sudah lama tidak muncul di kaca tv seperti dahulu. Namun Zain ada cara lain untuk menjana pendapatan.

Baca Juga:

Zain Saidin turut menjadi seorang TikToker dan memanfaatkan platform itu untuk menjana pendapatan tambahan.

Menurutnya, dia terlibat cabaran PK atau Player Knock-Out dalam platform tersebut. Segalanya bermula apabila dia diajak berlawan PK oleh Zaquan Adha. Dan ianya ternyata permainan yang menyeronokkan.

Dipetik dari Mstar, Zain berkata: “TikTok ini sebelum ini saya tidak pernah main perlawanan secara langsung (lebih dikenali PK) sebenarnya. Tapi Zaquan Adha sebenarnya yang ajak.

“Dari situ saya sangkut dan ketagih main PK ini. Tapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana ia merupakan permainan yang sangat menyeronokkan.”

Selain daripada berseronok, Zain juga gembira PK dapat memberikannya pendapatan dan berkongsi rezeki dengan orang lain, selain daripada membayar beberapa liabiliti yang perlu.

Zain turut mendakwa bahawa dia kini dalam persediaan untuk cabaran PK menentang TikToker dari Indonesia.

Sambil menyatakan bahawa dia sedang berjuang demi negara tercinta, Malaysia. Dia sangat berharap sokongan daripada rakyat Malaysia.

“Saya berjuang demi negara tercinta. Harap harap Malaysia dapat la support saya. Jangan bagi malu negara kita geng. Kita kasi diorang Joker bukan kita,” tegas beliau di TikToknya.

@zainsaidin23

Saya berjuang demi negara tercinta.. harap2 Malaysia dapat la support saya.. jangan bagi malu negara kita gengggggg.. kita kasi diorg Joker bukan kita 💪🏻🤜🏻🤛🏻🫵🏻 🇲🇾 #fypシ #fyp #TasteOfCNY2024 #zainsaidin #pktiktokofficial #pkinternational #international #internationalpk #pkbattle #pk #win #deminegara #malaysia #negaraku

♬ Melody is a beautiful trance – Jun Takahashi

Zain menambah: “Sikit sebanyak boleh la nak bayar sini sana dan sebagainya dan kita boleh kongsi rezeki kepada orang lain.”

Selain daripada menjana pendapatan menerusi TikTok, Zain Saidin juga turut menguruskan perniagaan bersama dengan isterinya Che Ta.

Sebagai tambahan, Zain Sadin mendirikan rumah tangga bersama Che Ta pada 2013.