Mesti ramai yang tahu akan car boot sale Kota Damansara yang dijalankan pada setiap minggu. Semalam, seorang pengguna TikTok yang juga merupakan pengunjung di car boot sale Kota Damansara telah memuat naik sebuah video memaparkan Zain Saidin.

Menerusi video dimuat naik, Zain Saidin yang merupakan suami kepada Rozita Che Wan telah menjual dan membuat lelongan baju terpakai milik Che Ta di hadapan keretanya ketika jualan car boot tersebut.

@fybaharuddin

Suami jual baju isteri🤣 #carboot #preloved #carbootsale #barangpreloved #carbootkotadamansara

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Zain kelihatan sempoi menjual pakaian terpakai isterinya itu dan menjual dengan harga tidak masuk akal iaitu hanya serendah RM5 sahaja.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut apabila Zain menjual baju-baju Che Ta dengan harga serendah RM5.

Malah, ada juga netizen tertanya-tanya sama ada Che Ta tahu yang Zain telah menjual baju milik Che Ta. Bukan itu sahaja, segelintir netizen berasa ‘rare’ kerana kebiasaannya isteri yang akan jual barangan suami tetapi ini sebaliknya.