Hasrat Harimau Malaya untuk menguji satu lagi pasukan Asia Selatan tidak jadi kenyataan apabila tiada pasukan yang menerima pelawaan untuk mengaturkan aksi persahabatan antarabangsa.
Selain India, FAM mengesahkan telah berjaya mendapatkan pasukan dari Asia Tenggara iaitu Laos untuk aksi persahabatan kedua di Thailand.
Baca Juga:
- Bangladesh Tolak Lawan Harimau Malaya November Depan
- Belanjawan 2025: FAM Dapat RM15 Juta Perkasa Harimau Malaya
- Harimau Malaya Bawa Skuad Terbaik Hadapi Kejuaraan Asean 2024
“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan mengadakan dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Laos dan India pada Kalendar Antarabangsa FIFA, November ini.
“Perlawanan pertama menentang Laos akan berlangsung pada Khamis, 14 November 2024 dengan Laos bertindak sebagai tuan rumah, namun ia akan berlangsung di Bangkok, Thailand iaitu di Stadium Port Authority of Thailand (PAT).
“Ini kerana Stadium Nasional Lao KM16 di Vientiane, Laos diguna pakai untuk perlawanan Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026, DPR Korea bertemu Iran pada tarikh berkenaan,” kata kenyataan rasmi FAM.
SIARAN MEDIA: SKUAD HARIMAU MALAYA SAH AKSI LAWAN LAOS 14 NOVEMBER
▶️ Baca penuh di https://t.co/UPLueAZPeA#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Zv3ICNcf7s
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 28, 2024
Laos memilih Bangkok sebagai venue perlawanan bertemu Malaysia disebabkan mereka selepas itu akan menentang Thailand, juga di Bangkok untuk perlawanan kedua pada 17 November 2024.
Sementara skuad Harimau Malaya pula akan terbang terus dari Bangkok ke India bagi perlawanan kedua menentang India. Venue perlawanan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Berdasarkan kemas kini terbaharu Ranking FIFA yang dikeluarkan Khamis lalu (24 Oktober 2024), Malaysia kini di tangga 133, India di tangga 125 manakala Laos di tangga 187.