Kempen Tonton Non Stop, On Top! kini memasuki Lap 3, sekali lagi menawarkan peluang kepada pelanggan TontonUp untuk membawa pulang sebuah Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai hadiah utama.

Bermula 13 hingga 26 Julai 2026, pelanggan boleh mengumpul mata dengan menstrim pelbagai kandungan terpilih di platform Tonton.

Lebih banyak kandungan yang ditonton, lebih tinggi jumlah mata yang dikumpul sekali gus meningkatkan peluang untuk menduduki carta kedudukan kempen.

Antara kandungan yang terlibat sepanjang Lap 3 ialah siri popular seperti Nur Kasih, Dunia Baru, Juvana, Sindarela dan Rock. Turut tersedia beberapa filem tempatan seperti Mukhsin, Jiwa dan Perempuan Ilmu Hitam; selain judul anime terkenal termasuk BLEACH: Thousand-Year Blood War, JUJUTSU KAISEN dan Solo Leveling.

Selain itu, Tonton turut menawarkan Turboost, iaitu ganjaran mata berganda untuk kandungan terpilih yang distrim pada hujung minggu.

Bagi 18 & 19 Julai serta 25 & 26 Julai 2026, pelanggan boleh mengumpul mata dengan lebih pantas menerusi pilihan kandungan seperti Haunted Blade: Hunters, Perempuan Itu, Lelaki Itu, Keluarga Itu, BRU: Masin & Manis serta trilogi 7 Hari Mencintaiku.

Bagi yang masih belum menyertai kempen ini, penyertaan masih dibuka. Pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 bulan atau 12 bulan sebelum mula menstrim kandungan yang layak untuk mengumpul mata.

Dengan setiap tontonan, peserta bukan sahaja menikmati pelbagai pilihan hiburan, malah berpeluang membawa pulang Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai hadiah utama bagi Lap 3.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tonton Non Stop, On Top! serta senarai kandungan yang terlibat, ikuti saluran rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram melalui akaun @tontonmy.