Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang influencer yang dikenali sebagai Alif Teega mengumumkan beliau sudah berkahwin dengan isteri kedua beliau.

Pengumuman yang dibuat sewaktu isteri pertama beliau, Aisyah Hijanah mengandung anak ketiga ini telah mendapat pelbagai reaksi dan respon di kalangan netizen.

Terbaharu, menerusi perkongsian X @sofeabxns, tular pula laporan kesihatan Aisyah Hijanah di sebuah pusat perubatan yang mendedahkan wanita ini dipukul berulang kali sewaktu sedang mengandung.

Menerusi laporan yang tersebar, difahamkan wanita ini mengalami beberapa bekas dipukul sewaktu mengalami pertengkaran bersama suami berikutan perbincangan mengenai orang ketiga dalam perhubungan mereka.

Selain itu, difahamkan Alif Teega telah menolak Aisyah ke lantai serta ditolak ke lantai. Aisyah dilaporkan telah cuba mempertahankan diri dengan menendang Alif namun telah dibalas dengan pukulan pada bahagian rahang dan telinga.

Sebanyak tiga kawasan pada bahagian badan yang dilaporkan mengalami kecederaan terdiri daripada bahagian muka, telinga dan juga tangan.

Kecederaan yang berlaku nyata mengejutkan ramai mengetahui pertengkaran yang berlaku telah menyebabkan Aisyah Hijanah dipukul dengan keras oleh suaminya.

Sumber