Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila influencer yang sering berkongsi tip rumah tangga Alif Teega mengumumkan sudah berkahwin dengan isteri kedua di saat isterinya pertamanya sedang sarat mengandung.

Keadaan menjadi lebih keruh apabila tersebarnya laporan kesihatan Aisyah daripada sebuah klinik yang mendedahkan wanita ini dipukul suami berulang kali pada bahagian muka dan tangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Situasi yang menimpa Aisyah iaitu membuatkan netizen berang terhadap tindakan Alif Teega serta simpati kepada Aisyah. Terbaharu, tular sebuah komen balas daripada Aisyah yang sekali lagi membuatkan para netizen sedih.

Sumber: TikTok @bunciskek

“Nanti teman la aku bersalin kalau aku bersalin sorang” balas Aisyah kepada seorang individu dengan Instagram @ainaayoof_.

Komen yang dibuat dua minggu lalu ini sekaligus menimbulkan pertanyaan sama ada Aisyah sudah lama mengetahui mengenai niat suaminya atau sebaliknya.

Sementara itu, para netizen menerusi perkongsian ini nyata memberi sokongan sepenuhnyan kepada Aisyah. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan kisah yang berlaku kepada Aisyah lebih dekat di hati kerana beliau diuji sewaktu sedang mengandung.

Sumber: TikTok @bunciskek
Sumber: TikTok @bunciskek

Sebelum ini, tular sebuah voicenote yang mendedahkan Aisyah memaklumkan kepada suaminya akan masuk lokap gara-gara membuat kasar kepadanya.

Sumber