Sejak pihak Zionis membedil orang awam di Gaza, dilaporkan ramai rakyat Gaza yang majoritinya daripada terdiri daripada umat Islam terkorban. Lebih menyayat hati, ribuan individu yang terkorban itu turut melibatkan para wanita serta kanak-kanak kecil.

Menerusi laporan daripada akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth, dilaporkan peperangan yang berlaku turut memberi kesan kepada tentera Israel yang menerima arahan untuk membedil kawasan Gaza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dilaporkan seramai 12,500 bakal hilang upaya selepas operasi ketenteraan ini berlangsung menerusi penilaian kecederaan terhadap tentera mereka.

Sumber: The Hindu

“Angka 12,500 adalah anggaran konservatif. Jumlah kes hilang upaya boleh mencecah 20,000,” kata laporan itu.

Dilaporkan, Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan kini sedang merawat 60,000 tentera Israel yang hilang upaya.

“Sekurang-kurangnya 5,000 orang diterima masuk ke jabatan itu pada 2023 termasuk 3,400 pasukan simpanan sejak 7 Oktober lalu.

“Angka itu hanya membabitkan tentera, bukan orang awam,” kata laporan itu.

Sehingga penghujung Disember lalu, Kementerian Pertahanan berkata, jumlah tentera yang cedera sejak perang mula 7 Oktober dapai 3,000, dengan pasukan tentera memaklumkan lebih 2,300 anggotanya hilang upaya.

Jumlah kecederaan tentera Israel yang dilaporkan sebelum ini dipersoalkan kerana bilangan mereka yang di hospital jauh melebihi jumlah yang dikeluarkan.

Penambahan ribuan lagi askar ke dalam perkhidmatan pemulihan boleh memberikan cabaran kewangan dan logistik kepada program untuk askar kurang upaya itu yang dilanda kritikan, kata Yediot Ahronoth.

Laporan itu memberi amaran, Israel mungkin menghadapi kes baharu yang serupa dengan Itzik Saidian, seorang tentera Israel yang mengambil bahagian dalam pertempuran di Gaza pada 2014.

Saidian dilaporkan membakar dirinya pada 2021 di luar pejabat pemulihan selepas berasa dirinya dihina ketika berhubung dengan pihak kementerian.