Touch ‘n Go sedia memperkenalkan ciri pinjaman atas talian yang mudah dan pantas untuk para pengguna di luar sana. Menerusi GoPinjam, orang ramai boleh mendapatkan pinjaman semudah melalui aplikasi sahaja.
Memetik laporan Bernama, Kementerian Kewangan kini menyatakan seramai 88,620 individu telah mendapatkan pinjaman melalui GoPinjam sehingga penghujung Mac 2023 lepas
Baca Juga:
- BNM Dedahkan Peningkatan Trend Lambat Bayar Di Kalangan Pengguna BNPL Tempatan
- Transaksi Wang Melebihi RM25,000 Perlu Dilaporkan Ke BNM Bermula Hari Ini
Jumlah keseluruhan pinjaman membawa kepada angka RM91.1 juta. Daripada angka tersebut, 55% merupakan mereka yang berumur dibawah 30 tahun dan mendapatkan secara purata pinjaman RM1,500 setiap seorang.
Dengan penawaran kemudahan pinjaman melalui aplikasi, ia membawa kepada kebimbangan mungkin ramai yang akan terjerat dengan hutang pinjaman. Angka ini dilihat bakal meningkat selari dengan kos sara hidip yang kian tinggi pada saban hari.
“Sebelum ini, mereka sukar mendapat akses dan mungkin terpaksa bergantung kepada pemberi pinjam tidak berlesen seperti Ah Long untuk mendapatkan pinjaman,” kata MOF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.
Menurut MOF, BNM sentiasa memantau dan memastikan insitusi kewangan bertindak secara adil ketika menawarkan perkhidmatan dan produk kewangan mereka kepada pelanggan. Jika berlaku pelanggaran protokol, entiti terbabit bakal dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.