Cristiano Ronaldo menganggap Liga Pro Saudi ketika ini antara liga terbaik di dunia dan lebih bagus daripada La Liga.
Cristiano Ronaldo yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid mendedahkan bahawa adalah lebih sukar untuk dia mencetak gol di Liga Saudi berbanding dengan La Liga Sepanyol.
Cristiano Ronaldo telah bermain dalam Liga Pro Saudi sejak tahun 2023 bersama Al Nassr. Sejak ketibaannya, Ronaldo dan ramai lagi pemain bintang telah membantu mengembangkan liga tersebut di peringkat global.
Ronaldo akan kekal di Arab Saudi untuk beberapa tahun lagi – sehingga 2027 – selepas menandatangani lanjutan kontrak pada musim panas lalu.
Dalam satu temubual bersama Piers Morgan, Ronaldo mempertahankan Liga Pro Saudi selepas ditanya mengenai kritikan terhadap kualiti liga itu.
Di mana ada pihak menganggap liga yang menganggap Ronaldo dengan mudah menjaringkan gol di Liga Saudi dalam usahanya mengejar 1,000 gol karier.
Dengan mempertahankan liga Saudi, Ronaldo mengejutkan ramai peminat apabila dia mencadangkan bahawa dia masih mampu menjaringkan banyak gol dalam liga-liga utama lain seperti Premier League dan La Liga.
CR7 berkata: “Kalau saya bermain di Premier League sekarang dengan pasukan utama, saya akan jaringkan jumlah gol yang sama seperti di Liga Pro Saudi. Senang saja, senang.”
Ronaldo mempertahankan Liga Pro Saudi apabila dibandingkan dengan liga utama Eropah dengan berkata: “Liga Saudi jauh lebih baik daripada liga Portugal, liga Perancis, dalam liga Perancis cuma ada PSG sahaja…”
Ronaldo turut menambah bahawa statistik dari Liga Pro Saudi sepatutnya diambil kira untuk anugerah Golden Boot, yang diberikan kepada penjaring terbanyak dalam satu musim.
Penyerang Portugal itu berkata: “Sepatutnya mereka kira gol dari Liga Saudi untuk penyerang terbanyak Golden Boot. Kenapa mereka tak kira liga Saudi?”
Bekas pemain Real Madrid itu juga mengejutkan ramai apabila mencadangkan bahawa menjaringkan gol di Liga Pro Saudi lebih sukar berbanding di La Liga, Sepanyol. Ronaldo berkata,
“Dengar sini, saya dah bermain di merata tempat. Bagi saya, lebih mudah jaringkan gol di Sepanyol berbanding di Saudi.”