Siapa sangka, akibat VAR batalkan penalti, ada nyawa peminat bola sepak hampir melayang di tangan isterinya sendiri.

Seorang lelaki berusia 40 tahun dilaporkan cedera selepas ditikam isterinya sendiri ketika sedang menonton perlawanan antara Atalanta BC dan SSC Napoli di ruang tamu rumah mereka.

Salah Faham Ketika Menonton Bola

Insiden itu dipercayai berlaku selepas keputusan Video Assistant Referee atau VAR membatalkan sepakan penalti yang sepatutnya memihak kepada Napoli.

Menurut laporan, lelaki berkenaan yang merupakan penyokong tegar Napoli meluahkan kemarahan dengan menjerit kata-kata kesat ke arah televisyen akibat rasa kecewa.

Dia turut mencarut dan mengeluarkan kata kata hinaan termasuk menyebut tentang alat sulit perempuan.

Isterinya, 35 tahun, dipercayai menyangka kata-kata tersebut ditujukan kepadanya. Sedangkan suaminya mengamuk kerana VAR. Dan berlaku pertengkaran di antara mereka.

Pertengkaran Bertukar Ganas Kerana VAR

Salah faham dan pertengkaran mereka menjadi semakin tegang dalam tempoh yang singkat.

Akibat terlalu marah, wanita terbabit dilaporkan terlebih dahulu membaling gunting ke arah suaminya sebelum mencapai pisau dapur.

Mangsa kemudian ditikam di bahagian sisi badan. Polis yang tiba di lokasi menemui beberapa bilah pisau di tempat kejadian.

Mangsa Stabil, Isteri Ditahan

Pihak berkuasa segera menahan wanita tersebut untuk siasatan lanjut.

Mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Kes berkenaan sedang disiasat pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kemungkinan pertuduhan yang bakal dikenakan.