Selain kediaman, memiliki kenderaan sendiri boleh dikatakan antara perkara penting kerana memudahkan perjalanan kita untuk bekerja dan sebagainya.

Buat anda yang mahu membeli kenderaan terutama sekali motosikal, baca dahulu perkongsian Farhan Nordin ini dimana dia mendedahkan ‘penipuan’ yang sering dibuat oleh kedai.

Baca Juga:

@farhannordin968

#motor #y15zr #rs150 #xmax #nvx155

♬ original sound – farhannordin88 – farhannordin88

Menerusi perkongsian terbabit, Farhan mengatakan ada kedai yang menjual motosikal tidak mengikut harga launching dimana ia boleh difahami jika terdapat demand yang tinggi.

Tambahnya, kedai juga akan ‘markup’ harga daripada harga yang diletakkan apabila pelanggan membuat pinjaman tetapi terdapat hidden fee yang seringkali pelanggan terlepas pandang.

Hidden fee yang dimaksudkan adalah kita perlu membayar wang processing fee dan pihak kedai juga akan mengambil untung dari pinjaman diambil oleh pelanggan.

Maka, jalan penyelesaian terbaik untuk anda elakkan diri daripada membayar lebih kepada kedai adalah beli secara tunai.

Walaupun akan ada kedai yang mengatakan tiada stok jika beli tunai tetapi anda tidak akan terbeban pinjaman dengan harga markup daripada kedai.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyatan yang dikeluarkan Farhan dimana ada kedai yang ‘markup’ harga.

Malah, segelintir netizen turut mengatakan tindakan yang dibuat oleh pemilik-pemilik kedai ini menjadi punca ramai orang terbeban hutang.