Seorang datuk di Vietnam bernama Nguyen Van Chien mempunyai rambut sepanjang 5 meter mengakui bahawa dia tidak memotong rambutnya selama hampir 70 tahun.

Dia yang berusia 92 tahun tinggal kira-kira 80 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh percaya bahawa hidupnya masih panjang kerana dia membiarkan rambutnya panjang tanpa dipotong.

Nguyen_Van_Chien_3

“Saya percaya jika rambut saya dipotong, saya akan mati. Saya tidak berani mengubah apa-apa, bahkan tidak pernah menyikatnya,” katanya.

Chien, yang menyembah sembilan kekuatan dan tujuh dewa, percaya bahawa tidak memotong rambut adalah perintah dari Tuhan dan kali terakhir dia memotong rambut adalah ketika dia di sekolah rendah.

833986

“Saya ingat rambut saya hitam, tebal dan kuat. Saya menyikatnya untuk menjadikannya halus. Tetapi ketika saya mendengar panggilan Tuhan, saya langsung tahu bahawa saya terpilih, ”kata Chien.

Chien mengikuti kepercayaan lama di Vietnam yang disebut “Dua”. Di Vietnam, kepercayaan ini dilarang dan dikategorikan sebagai kepercayaan bidaah.

Tahukah anda di Indonesia terdapat sekumpulan anak punk yang diberi nama Tasawuf Underground yang mempelajari agama dan tuhan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tasawuf Underground, Tempat Hijrah Anak Punk Untuk Lebih Kenal Tuhan

Sumber