Kebimbangan terhadap kualiti makanan yang ditawarkan di bazar ramadan telah menjadi topik hangat sejak mulanya bulan puasa, situasi ini diburukkan lagi dengan beberapa laporan pengalaman mengecewakan yang dikongsi secara meluas di platform media sosial.

Insiden terbaharu yang dirakam di dalam sebuah video TikTok telah mencetuskan perbincangan mengenai tahap kejujuran penjualan dan kualiti makanan yang ditawarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam rakaman itu, seorang pembeli membayar RM5 untuk murtabak daging namun kecewa setelah mendapati bahawa murtabak itu hanya dipenuhi dengan bawang.

@wawawani7

Xsangka beli murtabak daging dapat axtra bawang 😅 #ramadhan2024 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #affiliatemarketing

♬ bunyi asal – Wawesshop – Wawesshop

Individu itu meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan mengapa kandungan daging yang dijanjikan tiada.

Video yang telah mendapat lebih 277,900 tontonan tular dengan kebanyakan netizen bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas pembeli tersebut pembeli.

Sebagai tindak balas kepada bantahan itu, ramai netizen telah berkongsi pengalaman mereka sendiri mengenai kejadian-kejadian yang mengecewakan di bazar ramadan.