Dalam satu kejadian mengejutkan terjadi di Sungai Way, Selangor berpunca daripada pinjaman RM30 yang belum dibayar telah berlanjutan menjadi pertengkaran besar.

Kejadian bermula apabila seorang lelaki berusia dua puluhan menuntut semula hutang daripada rakannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Keadaan menjadi tegang apabila lelaki terbabit menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan parah di dada dan leher mangsa.

Mangsa yang meraung kesakitan meminta tolong dan dibantu oleh rakan serumah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Shahrulnizam Bin Ja’afar mendedahkan kepada Guang Ming Daily bahawa sikap agresif suspek berkemungkinan didorong oleh pengaruh dadah, diburukkan lagi dengan keengganan mangsa untuk menjelaskan hutang RM30.

Pihak berkuasa dengan cepat bertindak ke lokasi kejadian, menangkap suspek pada pukul 1 pagi.

Sin Chew Daily turut melaporkan mangsa menerima rawatan segera di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di mana dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Suspek positif dadah, dan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan parah.