Dalam buku autobiografi Robert Lewandowski, penyerang itu pernah diberikan tugasan pelik oleh Barcelona, iaitu meminta dia jangan menjaringkan terlalu banyak gol.
Ketika Xavi menjadi pengurus, Barcelona dilaporkan bimbang akan mencetuskan bayaran bonus kepada Bayern Munich yang berkaitan dengan kontrak Lewandowski apabila musim menghampiri penghujungnya.
Dalam bukunya, “Lewandowski: The Real Story”, penyerang Poland itu menceritakan bagaimana situasi itu dikendalikan di dalam kelab.
Setelah Barcelona mengesahkan kejuaraan La Liga secara matematik, Lewandowski telah menjaringkan sejumlah besar gol.
Menurut buku tersebut, hal ini membawa kepada perbincangan dengan beberapa eksekutif kelab, termasuk Joan Laporta:
“Robert, kami perlukan kamu berhenti menjaringkan gol dalam beberapa baki perlawanan terakhir.”
Buku itu turut menggambarkan rasa terkejut Lewandowski menyatakan bahawa “tiada siapa pernah meminta dia melakukan sesuatu seperti itu sepanjang kariernya.”
🚨💣 In the 2022/2023 season, after the league title was officially won, FC Barcelona asked Lewandowski to stop scoring goals… because Barça would have needed to pay additional bonuses to Bayern Munich for his transfer ! 😭
Lewandowski was shocked and confused but did not… pic.twitter.com/bI5xLQKLYr
— Bayern Focus (@FCBayernFocus) November 19, 2025
Ini kerana mana mana kelab pastinya akan suka melihat penyerang mereka mencetak gol yang banyak. Pada musim tersebut Lewandowski menamatkan catatan gol dengan 23 gol dan dia tidak menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir dia bermain.
Jika dia mencetak 25 gol ke atas dalam liga musim itu, FC Barcelona akan terpaksa membayar sehingga €2.5 juta kepada Bayern Munich.
Walaupun terdapat kontroversi itu, FC Barcelona tetap merangkul kejuaraan, dan Lewandowski memenangi trofi Pichichi sebagai penjaring terbanyak liga Sepanyol.
Apa yang pastik insiden tersebut antara anekdot salah satu daripada banyak kisah yang diceritakan dalam autobiografinya.