Penggunaan invois digital sememangnya memudahkan urusan seharian lebih-lebih lagi untuk membuat semakan dan pemantauan. Jadi, semakin banyak badan kerajaan mula mengadaptasi sistem invois yang lebih canggih.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mensasarkan untuk melaksanakan sistem e-invois kepada kumpulan pertama pembayar cukai mandatori selewat-lewatnya 1 Jun tahun depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata kumpulan pertama itu dijangka membabitkan syarikat besar yang mempunyai kadar pusing ganti tahunan melebihi RM100 juta.

Difahamkan sehingga kini LHDN sedang dalam proses membangunkan infrastruktur membabitkan teknologi maklumat (IT) bagi memastikan sistem e-invois itu dapat dilaksanakan berdasarkan tempoh masa ditetapkan.

Pembangunan infrastruktur ini mengambil tempoh yang lama kerana bakal ada hubungan antara sistem perniagaan dengan LHDN. Jadi bila mereka mengeluarkan invois, maka akan ada rangkaian dengan LHDN dan sebagainya.

“Perancangan kita terhadap kumpulan pertama, bermula selewat-lewatnya 1 Jun 2024, tetapi kalau kita boleh siapkan struktur lebih awal, mungkin ia akan jadi projek perintis dulu namun kita akan jadikan ia mandatori mengikut jadual pada Jun tahun hadapan,” katanya kepada pemberita.

Pada masa sama, Mohd Nizom berkata, pemilihan syarikat besar sebagai kumpulan pertama adalah berikutan mereka sudah mempunyai sistem dalam organisasi masing-masing, sekali gus tidak perlu membangunkan sesuatu yang baharu bagi tujuan pelaksanaan e-invois.

Pada bulan lalu, LHDN bercadang memperkenalkan inisiatif baharu dikenali e-invois bagi memudahkan pembayar cukai menyimpan dan mengawasi rekod kewangan masing-masing. Pengenalan inisiatif ini sangatlah bagus selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengadaptasi digitalisasi seperti negara maju lain.