Dalam menuju ke tahun 2023, pelbagai badan kerajaan sedia menaik taraf sistem mereka agar dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih lancar dan efisien.

Terkini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa pihak mereka akan menaik taraf sistem dalaman platform yang dijangka selesai sepenuhnya pada 1 Januari 2023 kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Langkah ini sekaligus akan membawa kepada penutupan beberapa saluran perkhidmatan bayaran. Proses naik-taraf ini antaranya akan memberi kesan bagi bayaran di kaunter Pusat Bayaran dan Terminal Kad Kredit/Debit di Kaunter Pusat Bayaran LHDN seluruh negara iaitu bermula pada 30 Disember 2022.

Sementara servis bayaran melalui FPX-ByrHASiL dan Sistem e-TT pula tarikh akhir adalah pada 28 Disember 2022. Ia akan ditutup bermula 29 Disember 2022, pada jam 12.01 pagi.

Bagaimanapun, orang awam tidak perlu khuatir kerana khidmat FPX-ByrHASiL yang ditutup sementara akan mula dibuka semula pada 1 Januari, manakala bayaran menggunakan Nombor VA melalui janaan di Sistem e-TT hanya boleh dibuat bermula 3 Januari 2023 pukul 8.00 pagi.

Sementara untuk saluran pembayaran menerusi bank komersial yang dilantik oleh LHDN serta saluran bayaaran di kaunter Pos Malaysia pula – dimaklumkan tidak akan terlibat dalam tempoh penyelenggaraan, ia beroperasi seperti biasa.

Dengan makluman ini, diharap semua pihak yang terlibat cakna akan pengaturan pembayaran bersama LHDN. Sebarang makluman lanjut boleh rujuk pada Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau layari ke laman rasmi LHDN.

Sumber