Chelsea mengesahkan perlantikan Liam Rosenior sebagai pengurus baharu kelab itu menggantikan Enzo Maresca yang dipecat sebelum ini.
Liam Rosenior merupakan pengurus Strasbourg sebelum ini, kelab yang turut di bawah pemilikan sama dengan Chelsea iaitu BlueCo.
Liam Rosenior antara pengurus Inggeris yang semakin meningkat naik terutama sekali ketika bersama Strasbourg.
Rosenior membantu kelab itu mara ke UECL. Dan beliau dianggap calon terbaik untuk mengendalikan Chelsea yang sarat dengan bakat muda.
Rosenior setuju dengan kontrak 6 tahun setengah bersama The Blues sehingga 2032.
Beliau berkat: “Menjadi pengurus Chelsea adalah peluang yang luar biasa, berada di kelab yang sangat hebat, sang juara dunia.
“Saya boleh pulang ke rumah, bertemu anak saya, menandatangani kontrak dengan kelab luar biasa. Saya tidak boleh tolak peluang ini.
“18 bulan terakhir di Strasbourg adalah detik terbaik saya,” kata Rosenior yang menganggap beliau sudah sedia untuk cabaran baharu lebih besar.
🚨 Liam Rosenior: “Being Chelsea coach is an unbelievable opportunity at an incredible club, the world champions”.
“I can go home, see my kids, sign for a magnificent club. I can’t turn down this opportunity”.
“These 18 months at Strasbourg have been my best time”. pic.twitter.com/QhFut0Clr8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 6, 2026
Menurut Ben Jacobs, Liam Rosenior akan menyaksikan aksi Chelsea vs Fulham di tempat duduk penyokong.
Beliau akan mengendalika sesi latihan pertamanya bersama Chlesea pada pagi Khamis. Dan dijangka akan membuat debut pada aksi Piala FA, hujung minggu ini menentang Charlton.