Amateur Football League (AFL) sebentar tadi telah mengumumkan senarai lengkap 14 pasukan yang akan bertanding dalam kempen Liga A1 Semi-Pro 2026/27.

Menurut kenyataan media dikeluarkan penganjur saingan tersebut, AFL mengesahkan bahawa Imigresen II dan AAK Unisel FC yang sebelum ini berada di senarai menunggu.

“Setelah melalui proses semakan, kedua-dua pasukan kini disahkan penyertaan bagi melengkapkan jumlah 14 pasukan menyertai Liga A1 Semi Pro 2026/2027.”

“AFL sebelum ini telah memaklumkan 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan bagi musim 2026/2027 di mana empat (4) Pasukan berada di senarai menunggu untuk merebut dua (2) lagi kekosongan.”

Liga A1 Semi-Pro 2026/27: Ini Senarai Lengkap 14 Pasukan Yang Bakal Bertanding
Kredit Foto: Amateur Football League

“Saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027 akan membuka tirai pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) dengan perlawanan pembukaan di antara Johor Darul Ta’zim II menentang USM FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.”

“Terdahulu, AAK UNISEL FC (sebelum ini dikenali sebagai AAK Puncak Alam FC) merupakan ‘semi-finalist’ Liga A2 Amateur 2025 dan Imigresen FC II pula berada di kedudukan ke-10 Liga A1 Semi-Pro musim lalu.”

Berikut merupakan senarai lengkap pasukan yang akan beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro 2026/27:

Perak

Liga A1 Semi-Pro 2026/27

1) Johor Darul Ta’zim (JDT) II

2) Selangor II

3) Kedah FA

4) Negeri Sembilan II

5) Perak FA

6) UM Damansaran United

7) Kelantan City

8) Armed Forces

9) Manjung City

10) USM FC

11) Malaysian University-UiTM

12) Bunga Raya

13) AAK Unisel

14) Imigresen II