Pencapaian memberangsangkan Perak FA dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim ini tidak boleh dipandang remeh.
Selepas sembilan perlawanan, Perak mencatatkan enam kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan untuk menghuni tempat kedua dengan 20 mata.
Baca Juga:
- Ini Langkah Perak FA Pulihkan Bola Sepak Negeri Selepas Kejatuhan Perak FC

- Ini Sebab Perak Bison Jadi Juara STL 2025 Walaupun Melaka Titans Menang 3 GP

- Orang Perak Paling Hebat ‘Speaking’ Bahasa Inggeris, Lapor Data Antarabangsa

Walaupun ramai melihat skuad kendalian Syamsul Saad sebagai pasukan ‘underdog’ tanpa nama besar, prestasi mereka sehingga sembilan perlawanan membuktikan bahawa Perak mempunyai barisan pemain muda yang cukup berkualiti.
Berikut adalah beberapa pemain yang menonjol dan wajar diberikan perhatian pasukan lain:

Pemain Perak Yang Menonjol Dalam Liga A1 Semi Pro
1) Muhammad Fadhil Mohammad Azmi – Pertahanan Kanan (23 Tahun)
Fadhil bukan sekadar pertahanan kanan biasa. Dengan tiga jaringan berjaya dihasilkannya setakat ini, beliau kerap melakukan ‘overlap’ dan sentiasa membantu bahagian serangan selain mengekalkan kekukuhan pertahanan.
Kepantasan dan keberanian dalam menyerang menjadikannya pemain yang sukar dihalang di sebelah kanan pintu gol lawan.
2) Hafizy Daniel Mohamad Termizi – Pertahanan Kiri (23 Tahun)
Pertahanan kiri yang rajin dan agresif, Hafizy bukan sahaja kuat dalam duel pertahanan tetapi juga pakar dalam sepakan percuma dan melakukan ‘crossing’ menarik.
Corak permainan kerasnya sedikit sebanyak memudahkan Perak dalam membina serangan dari sebelah kiri.
3) Kamal Arif Azrai Shakimar– Pertahanan Tengah & Kapten Pasukan (23 Tahun)
Kamal Arif mampu membaca permainan dengan baik dan sukar ditewaskan dalam situasi 1 lawan 1.

Kemampun tersebut menjadikan beliau sebagai pilihan utama Syamsul apabila telah bermain penuh sembilan perlawanan tanpa pertukaran.
Keadaan yang membuktikan kredibilitinya sebagai kapten dan pemain pertahanan utama berkarisma buat pasukan.
4) Akmal Hazim Ismail – Pemain Tengah Bertahan (24 Tahun)
Akmal Hazim cukup tenang dalam mengawal tempo permainan pasukan di bahagian tengah.
Keras dan agresif menambahkan kualiti baik dalam dirinya dan sering menjadi benteng pertama yang menyekat serangan lawan sekali gus memastikan permainan tengah Perak kekal stabil.
5) Muhammad Firdaus Ahmad Fuad – Pemain Tengah (23 Tahun)
Firdaus menonjol dengan hantaran-hantaran ‘jahat’ yang mampu menembusi ruang lawan.
Sejauh ini, beliau telah menyumbang 3 bantuan jaringan dimana beliau memudahkan pasukan mencipta peluang dan gol bersandarkan kepada kreativiti beliau di tengah padang.
6) Ahmad Danish Haikal Abdullah – Pemain Tengah / Pertahanan Tengah (21 Tahun)
Dinilai sebagai seorang pemain yang versatile, Danish boleh bermain di posisi tengah atau pertahanan tengah.
Cukup dikenali dengan hantaran jauh berkualiti dan keberanian menguasai bola, selain itu beliau tidak gentar dalam duel fizikal dan sentiasa mencari ruang untuk menyerang atau memulakan serangan dari belakang.
7) Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil – Sayap / Penyerang (20 Tahun)
Pemain lincah yang mempunyai kualiti individu menarik, Daniel bijak mengambil peluang hasil kepintarannya untuk mencipta peluang.

Pakar sepakan percuma, beliau sudah menjaringkan 1 gol musim ini dan menjadi ancaman utama setiap kali bola berada di kakinya.
8) Mohd Alif Zikri Zaini Anuar – Penyerang (23 Tahun)
Selepas rehat panjang selama tiga bulan akibat kecederaan lutut, Alif Zikri kembali dengan penuh impak.
Dalam dua perlawanan terakhirnya, beliau berjaya menjaringkan dua gol berbekalkan naluri tajam sebagai seorang penyerang.
Keadaan yang membuatkannya kini merupakan aset berharga di barisan hadapan Perak FA.
9) Ahmad Syazwan Syazany Ahmad Shafei – Penjaga gol (24 Tahun)
Syazwan bermain semua perlawanan setakat ini dengan 3 clean sheet dan hanya dibolosi lima gol dalam sembilan perlawanan.

Beliau dikenali sebagai penjaga gol yang berani bermain sebagai dengan peranan ‘Ball-Playing Goalkeeper’ untuk mengawal bola dan melakukan ‘ball distribution’ di kawasan sendiri.
Kecekapan dan keberaniannya mengawal kawasan gol memberikan ketenangan kepada pertahanan Perak.