Perak FA bakal mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/27 dengan barisan pemain yang menggabungkan pengalaman serta tenaga pemain muda dalam usaha mencabar pasukan lain untuk merebut kedudukan terbaik.
Pengendali baharu pasukan, Noor Zaidi Rohmat telah membawa masuk tujuh pemain tempatan yang dilihat mampu untuk meningkatkan kekuatan pasukan.
Salah seorangnya ialah bekas kapten Perak ketika menjulang trofi Piala Malaysia 2018 iaitu Mohamad Nasir Basharudin.

Lebih menarik terdapat dua pemain bagi setiap posisi yang bakal beraksi di SUKMA 2026 nanti. Kehadiran mereka memberikan lebih banyak pilihan kepada pasukan, selain menjadi platform penting buat pemain-pemain muda ini untuk menimba lebih banyak pengalaman di pentas kompetitif.
Sementara itu difahamkan Perak FA bakal mendapatkan khidmat tiga pemain import yang diharapkan dapat memberikan sumbangan berkesan buat pasukan.
Berikut merupakan senarai penuh pemain Perak FA yang bakal membawa cabaran pasukan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/27:

Barisan Pemain Perak FA 2026/27
Penjaga Gol
1) Ahmad Syazwan Syazany Ahmad Shafei
2) Shafiq Afifi Suhaimi – Pemain Baharu
3) Ahmad Farihin Hazimi Saifulnizam – SUKMA 2026
4) Muhammad Nazrin Adam Khalid – SUKMA 2026
Pertahanan
5) Muhammad Fadhil Mohammad Azmi
6) Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhar
7) Mohamed Arshad Abdul Majeed
8) Ahmad Danish Haikal Abdullah
9) Nik Umar Nik Aziz – Pemain Baharu
10) Hafizy Daniel Mohamad Termizi
11) Muhammad Haiqal Hafiq Sabri – Pemain Baharu
12) Ammar Batisha Mohd Noh – SUKMA 2026
13) Muhammad Alif Danial Rohaizad – SUKMA 2026
Tengah
14) Muhammad Firdaus Ahmad Fuad
15) Akmal Hazim Ismail
16) Mohamad Nasir Basharudin – Pemain Baharu
17) Mohamad Ikhwan Hafizo – Pemain Baharu
18) Muhammad Hazim Jamal Hisam
19) Muhammad Harry Danish Mohammad Haizon – Pemain Baharu
19) Muhamad Afifin Arfa Fakhri
20) Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil – SUKMA 2026
21) Tamotehran A/L Jayashanker – SUKMA 2026
Penyerang
22) Wan Zack Haikal Wan Nor
23) Muhammad Muslihuddin ‘Atiq Mat Zaid – Pemain Baharu
24) Muhammad Iffat Fahmi Azmi – SUKMA 2026
25) Mohamad Haziq Danish Mohd Hafidz – SUKMA 2026