Liga Amatur dalam negara kembali dicemari dengan insiden tidak diingini dimana kali ini liga yang dijalankan di Terengganu menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air.

Perlawanan antara dua pasukan dalam saingan Terengganu Football League baru-baru ini dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain sehingga menyebabkan bapa salah seorang pemain mengalami kecederaan parah.

Baca Juga:

Menurut perkongsian Piang Shankly di laman media sosial X, beliau memuat naik video yang menunjukkan beberapa pemain yang memukul seorang individu sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala.

Akan tetapi, tidak ada maklumat lanjut mengenai dua pasukan terlibat serta nama pemain yang memukul individu tersebut.

Sebelum ini, insiden sama berlaku di Lembah Klang dimana salah satu liga amatur iaitu Liga Komuniti Isma B-16 tahun di Shah Alam itu dicemari dengan insiden pergaduhan yang membabitkan pemain dan seorang bapa yang bertindak ganas ketika permainan.

Lelaki terbabit didakwa gagal mengawal emosi selepas melihat anaknya dikasari dalam perlawanan tersebut yang sekaligus terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.

Pengadil dan beberapa kru petugas perlawanan kemudiannya tampil meleraikan pergaduhan tersebut namun ia berlarutan apabila si pelaku enggan mengalah dan menendang pemain tersebut.

Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku terhadap pemain dan pihak pengurusan pasukan juga telah membuat laporan polis berhubung pergaduhan yang berlaku.

Isteri kepada lelaki tersebut difahamkan telah membuat permohonan maaf atas kejadian yang berlaku dan memohon agar kejadian itu tidak dipanjangkan lagi.