Saingan fasa 3 Liga Futsal Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2024 akan bermula pagi esok di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan hanya tiga perlawanan berbaki untuk mencari juara Liga Super dan Liga Premier.

Pendahulu Liga Premier, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak mahu kelebihan satu mata dimiliki pada ketika ini terlepas daripada genggaman dalam usaha untuk muncul juara Liga Premier.

Baca Juga:

Skuad kendalian Faris Sidek itu perlu mencatatkan kemenangan pada tiga perlawanan terakhir untuk dinobatkan selaku juara buat pertama kali dalam Liga Premier.

Liga Futsal IPT 2024: UniKL Idam Kejuaraan Sulung Liga Premier
Kedudukan terkini Liga Premier. Kredit Foto: Liga Futsal IPT

Namun, tugas itu tidak semudah disangka kerana empat pasukan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTEM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) sedang mengekori rapat.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, Faris mahu anak buahnya fokus dalam menghadapi perlawanan menentang Universiti Malaya (UM), Widad Universiti College dan UMK.

“Saya sedar memang bukan tugas mudah buat kami kerana pasukan lain pastinya ingin mengejar kedudukan tetapi saya yakin dengan barisan pemain yang saya miliki.”

Liga Futsal IPT 2024: UniKL Idam Kejuaraan Sulung Liga Premier
Faris Sidek (kiri) memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak buahnya.

“Sepanjang 2-3 minggu latihan pusat di Gombak, saya melihat banyak perkembangan positif dijelmakan oleh para pemain terutamanya daripada aspek taktikal dan semangat berpasukan mereka.”

“Saya yakin dengan kemampuan barisan pemain untuk menghadirkan kejayaan yang diharapkan oleh seluruh warga UniKL ini.”

“Saya juga mahu menjadikan penampilan pertama bertindak selaku ketua jurulatih pasukan Liga Futsal IPT dalam karier saya ini sebagai kenangan manis dengan kejayaan muncul juara,” ujar Faris lagi.