Peminat kumpulan muzik Coldplay seluruh dunia pasti teruja apabila album terbaharu Coldplay bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Kehangatan tersebut dapat dirasai di seluruh dunia sehinggakan trending #Coldplay di Twitter. Bagi anda yang tidak tahu, Coldplay akan melancarkan album ‘Everyday Life’ pada 22 November 2019 ini.
Apa yang menarik perhatian adalah cara Coldplay mempromosikan album mereka iaitu dengan mempamerkan list tajuk lagu dalam album mereka di surat khabar. Promosi unik oleh Coldplay ini bukan sahaja dibuat di luar negara, tetapi di Malaysia menerusi ruangan ‘Classified’
https://twitter.com/kyraradzi/status/1186564854166896640
Jika di Malaysia, anda boleh dapatkan list penuh track album dengan membeli surat khabar The Sun dan Sin Chew Daily serta list itu berada di bahagian iklan. Album Coldplay kali ini adalah double album yang menampilkan dua track berbeza iaitu ‘Sunrise’ dan ‘Sunset’.
Malah, Coldplay baru sahaja berkongsi dua lagu baru dalam album mereka semalam. Pastinya ini membuatkan anda semua lebih teruja untuk mendapatkan album terbaharu mereka nanti.
Setelah mendengar lagu-lagu tersebut, adakah anda gembira dan menyukai lagu tersebut. Bagi kami lagu-lagu yang baru ditampilkan ini agak ‘fresh’ dan ‘old-school’.
Sebelum ini Coldplay telah muat naik logo kelihatan bendera Malaysia untuk promosikan album mereka. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Coldplay Muat Naik Logo Mirip Bendera Malaysia Buat Peminat Setia Teruja
Lihat Cara Sempoi Faizal Tahir Promosi Album Terakhir Beliau ‘ROJAK’
Yuna Terharu Peminat Sanggup Merantau Jauh Untuk Beli Albumnya Di New York