Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi memasang hajat untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Pemain yang mesra disapa Matdon itu berkata demikian ketika ditanya oleh salah seorang peminat menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Baca Juga:

Liridon Krasniqi
Liridon Krasniqi

“Saya akan kembali ke pasukan kebangsaan dalam jangka masa dekat, in sha allah,” tulisnya.

Liridon Krasniqi Mahu Kembali Beraksi Di Peringkat Pro

Sebelum ini, Liridon Krasniqi giat berkongsi sesi latihan beliau di laman media sosial miliknya dimana bekas pemain Kedah Darul Aman dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menegaskan mahu kembali beraksi di peringkat profesional.

Kali terakhir Liridon beraksi di peringkat profesional ialah ketika bersama Terengganu FC pada musim 2023 yang mana beliau menyertai kelab Pantai Timur itu secara pinjaman dari JDT.

Liridon Krasniqi Hampir Sertai Kelab Liga Super Musim Ini

Pemain kelahiran Kosovo itu mendedahkan beliau hampir untuk menyertai salah satu kelab dari utara tanah air bagi menghadapi saingan musim 2024/25.

Perkara ini dinyatakan oleh Liridon ketika menjawap soalan peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya yang bertanyakan sama ada beliau berminat sekiranya diberi peluang untuk kembali bersama bekas pasukannya Kedah.

“Saya akan kongsikan perkara ini sendiri. Hello dan selamat sejahtera kepada semua. Saya mahu berkongsi satu perkara dengan keluarga Kedah saya. Saya sentiasa teruja untuk kembali beraksi bersama Kedah.

“Sebelum saingan musim ini bermula, saya ada berkomunikasi dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain. Saya beritahu jurulatih yang saya berminat untuk beraksi di bawah bimbingannya. Dia juga memberitahu bahawa gemar dengan apa yang saya ada dan mahu saya berada dalam pasukan.

“Akan tetapi, atas sebab beberapa perkara, saya tidak dapat menyertai pasukan Kedah. Tetapi saya sentiasa bersedia untuk kembali pulang dan membantu pasukan tidak kira apa jua keadaan. Cinta saya terhadap Kedah sama seperti cinta saya kepada keluarga saya.

“Saya memberitahu perkara ini kerana mendapat banyak soalan berkenaan peluang kembali bersama Kedah. Saya ada menerima tawaran dalam beberapa bulan terakhir, dan saya mahu semua pihak tau mengenainya. Semua atas dasar cinta, selamanya Hijau Kuning,” tulisnya.