Lisandro Martinez telah mencabar Paul Scholes untuk datang bercakap depan depan jika mahu mengkritiknya.

Sebelum aksi derbi Manchester, Paul Scholes dan Nicky Butt telah mempersenda fizikal Lisandro Martinez yang akan ditugaskan untuk mengekang Erling Haaland.

Nicky Butt ketika itu menyatakan: “Erling Haaland akan berlari sambil membawa Martinez sekali, anda tahu kan? Macam ayah yang mendukung anak mereka pulang dari sekolah.

“Selepas menjaringkan gol, Haaland akan mencampakkannya ke dalam gawang.”

Scholes tergelak mendengar jenaka itu sambil bersetuju bahawa Martinez tak akan mampu mengekang Haaland. Ini bukan pertama kali Scholes mengkritik Martinez.

Tahun lalu dia berkata: “Walaupun dia kembali cergas, dia masih tak cukup bagus untuk memenangi EPL.”

Namun hakikatnya, Haaland telah disenyapkan oleh Martinez dan Maguire dalam perlawanan tersebut.

Man United memang 2-0 pada aksi itu dan Martinez segera menyeru agar Scholes dan Nicky Butt datang berjumpanya secara bersemuka.

Martinez berkata: “Sejujurnya, dia boleh cakap apa yang dia suka. Saya dah beritahu dia [Scholes] sebelum ini, jika dia nak bercakap sesuatu tentang saya, dia boleh datang bila bila masa, di mana sahaja. Datang ke rumah saya, tak kisahlah.

“Dan saya secara peribadi, menghormati bahawa mereka mahu membantu kelab. Kerana semua orang boleh bercakap di TV, namun apabila kamu berjumpa dengan mereka bersemuka, tak seorang pun berani bercakap apa apa.”

Pelawaan Martinez itu diterima oleh Scholes: “Ada pemain yang menikmati perlawanan yang bagus, tumpang gembira untuk kamu. Minta teh tak nak gula.”