Roy Keane mengkritik hebat Lisandro Martinez selepas pemain pertahanan itu secara terbuka mempersoalkan cita-cita Manchester United susulan kekalahan terbaharu mereka.
Bekas kapten legenda itu menyifatkan bekas kelabnya sebagai sebuah sarkas dan menggesa pemain pertahanan tengah yang sedang bergelut itu memperbaiki prestasinya sendiri terlebih dahulu sebelum mengkritik orang lain.

Pemain pertahanan tengah dari Argentina itu secara terbuka meluahkan rasa kecewanya selepas kekalahan terbaharu pasukan. Sehubungan dengan itu, Kane amat tidak bersetuju dengan masa dan bentuk kritikan yang dilontarkan.
Beliau berpendapat bahawa skuad semasa tidak mempunyai kedudukan untuk menuding jari kepada pihak lain ketika standard permainan mereka sendiri semakin merosot di atas padang.
Dalam pada itu, Keane turut menolak tanggapan bahawa pemain Argentina tersebut merupakan suara yang disegani dalam bilik persalinan.
Sebaliknya, Keane mengkritik Martinez secara tajam dengan menyifatkannya sebagai pemain pertahanan tengah yang melakukan banyak kesilapan.
Roy Keane Kritik Lisandro Martinez
“Saya fikir keadaan itu mencerminkan kelab berkenaan. Jelas sekali keadaan di sana huru-hara, ibarat sebuah sarkas,” ujar Roy Keane menurut sumber laporan Goal.
“Apabila anda melalui tempoh sukar seperti yang sedang dialami United, perkara yang saya tidak senangi ialah apabila pemain tertentu mengeluarkan kenyataan sedemikian.”

“Anda perlu melihat dan menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mula melontarkan pelbagai komen.”
“Ada peminat yang akan mengatakan tindakan itu bagus, manakala ada juga yang berpendapat anda mengecewakan pasukan, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada pemain yang belum mempamerkan prestasi terbaik ketika pasukan sedang bergelut.”