Liverpool akhirnya kembali ke landasan kemenangan selepas menelan 4 kekalahan berturut turut dalam Liga Perdana Inggeris sebelum ini.
Liverpool menang 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield. Dengan bintang utamanya, Mohamed Salah berjaya menemui sentuhan jaringan.
Aston Villa bermula baik di Anfield. Morgan Rogers menjadi pemain paling cemerlang pada separuh masa pertama. Di mana dia sempat melakukan percubaan terkena tiang.
Ekitike hampir meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi tandukan deras pada minit ke-44 Namun gol dibatalkan VAR kerana ofsaid.
Ketika separuh masa pertama kelihatan buntu, Liverpool di hadapan menerusi gol pada masa kecederaan oleh Mohamed Salah.
Ianya gol ke-250 Mo Salah untuk Liverpool. Yang mengukuhkan lagi statusnya sebagai legenda hidup kelab tersebut.
Mo Salah has now scored 250 goals for the Reds… Incredible. 👑 pic.twitter.com/QLfjFmcHve
— Liverpool FC (@LFC) November 1, 2025
Selain itu, Mohamed Salah menyamai rekod Wayne Rooney dengan catatan 276 sumbangan penglibatan gol kepada 1 kelab EPL – sebagai rekod tertinggi dalam sejarah EPL.
Mo Salah 🤝 Wayne Rooney
The most goal involvements for a single club in Premier League history! pic.twitter.com/PQm6MLRCcI
— Premier League USA (@PLinUSA) November 1, 2025
Pada separuh masa kedua, Liverpool menambah 1 lagi gol menerusi Ryan Gravenberch yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti yang terbias pada kaki pertahanan Villa dan masuk.
Liverpool berjaya bertahan dengan baik untuk memastikan 3 mata penting milik mereka. Tamat perlawanan, Liverpool 2 Aston Villa 0.