Liverpool membelasah Eintracht Frankfurt 5-1 dalam aksi yang dikuasai sepenuhnya The Reds.

Frankfurt sempat mendahului minit ke-26 menerusi gol oleh Rasmus Kristensen.

Namun selepas itu, Liverpool mengganas membalas gol itu dengan 5 gol.

Bermula daripada gol oleh bekas pemain Enitractht Frankfurt sendiri, Hugo Ekitike minit ke-35 yang menyempurnakan hanntaran cantik Andy Robertson.

Dua bek tengah Liverpool, Virgil Van Dijk dan Ibrahima Konate sama sama mencetak gol untuk memastikan Liverpool masuk ke bilik rehat dengan pendahuluan 3-1.

Separuh masa kedua, Cody Gakpo menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-66 selepas menerima hantaran Wirtz.

Gakpo
Foto: X

Wirtz sekali lagi menjadi arkitek untuk gol kelima Liverpool minit  ke-70, menerusi Dominik Szoboszlai.

Penjaga gol Frankfurt bekerja keras sepanjang malam. Apabila Liverpool melakukan 17 percubaan dengan 14 daripadanya adalah tepat.

Mo Salah yang masuk lewa perlawanan memiliki 2 peluang terbaik untuk mencetak gol. Namun gagal melakukannya.

Liverpool menang 5-1 sekaligus menamatkan rentetan 4 kekalahan berturut turut turut mereka dalam semua pertandingan.