Masa depan Arne Slot kini sedang dalam bahaya. Kekalahan terbaru di tangan Crystal Palace membuatkan pengurusan tertinggi Liverpool dilaporkan akan membincangkan tentang pemecatannya.
Liverpool sebelum ini sedia mengemukakan tawaran baharu kepada Slot. Dan kini keadaan itu mungkin berubah.
Liverpool menelan kekalahan keenam mereka sejak hujung September lalu. Prestasi paling buruk oleh kelab dalam kalangann 5 liga utama Eropah.
Palace mencipta kemenangan ketiga ke atas Liverpool musim ini. Kali ini menyingkirkan The Reds daripada peringkat 16 akhir Piala Carabao dengan kemenangan 0-3 di Anfield.
Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano melaporkan 2 perlawanan akan datang akan menjadi sangat penting buat Slot. Pertamanya aksi EPL menentang Aston Villa dan seterusnya aksi UCL menentang Real Madrid.
Kedua dua perlawanan akan berlangsung di Anfield. Fabrizio Roamno berkata di saluran YouTubenya: “Jika keadaan masih tidak berubah, hierarki tertinggi Liverpool akan membincangkan situasi ini.”
Fabrizio Romano juga menyatakan bahawa, buat masa ini orang di dalam Liverpool sangat percayakan Arne Slot.
“Apabila saya menyatakan orang dalam Liverpool, itu merangkumi pemilik, dan orang penting dalam kelab, mereka sangat percayakan Slot.
“Mereka yakin Slot pengurus terbaik untuk mengendalikan tekanan ini. Jelas sekali permulaan musim yang hambar dialami Liverpool.
“Tetapi pengurusan dalam masih percayakan Slot dan yakin segalanya akan menjadi okay selepas ini. Mereka memahami bahawa Slot memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan beberapa pemain baharu yang dibawa masuk.
“Jadi, Liverpool percayakan Slot sepenuhnya, dengan komunikasi yang sangat bagus antara kedua dua pihak termasuk berhubung setiap hari dengan lembaga pengarah dan mereka yang berada di pengurusan tertinggi,” tambah Fabrizio Romano.