Liverpool melayan kunjungan pasukan dari zon penyingkiran, Nottingham Forest. Liverpool cuba memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga setelah prestasi hambar pada awal musim.
Di Anfield, Liverpool sekali lagi menguasai perlawanan namun tidak ada penyudah dan lemah ketika bertahan.
Forest mendahului pada separuh masa pertama hasil gol, Murillo minit ke-30. Ianya hasil umpanan bekas pemain Liverpool, Nico Williams.
Liverpool hampir dibolosi lagi namun VAR menyelamatkan mereka apabila gol Igor Jesus dibatalkan kerana handball.
Pada separuh masa kedua, seawal minit ke-46, Nicolo Savona mecetak gol kedua buat Forest hasil daripada kesilapan pertahanan sekali lagi.

Ketika Liverpool cuba mencari sekurang kurangnya 1 mata daripada perlawanan ini, bintang utama Forest, Morgan Gibbs White mencetak gol ketiga pada minit ke-78 yang menutup seketat ketatnya pintu untuk Liverpool mendapatkan sebarang mata.
Ini adalah kekalahan keenam buat Liverpool musim ini daripada 12 perlawanan liga setakat ini. Nampaknya skuad mahal Arne Slot sudah boleh memikirkan untuk melepaskan persaingan kejuaraan selepas kempen cemerlang musim lalu.
Kemenangan ini membantu Forest keluar daripada zon penyingkiran. Sean Dyche benar benar membantu membangkitkan Forest daripada prestasi hambar mereka di bawah Ange Postecoglou.