Seorang lelaki bernama Mohd Loqman Salleh telah menunaikan hasrat isteri pertamanya untuk bermadu.

Ramai wanita tidak rela dimadukan, namun dalam kes Loqman, isterinya pula yang meminta agar suaminya itu berpoligami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan Sinar Harian Mohd Loqman Mohd Salleh, 38, berkata, isteri pertamanya telah meminang wanita tersebut untuk dijadikan madu.

Dan majlis pernikahan Loqman dengan isteri keduanya telah berlangsung pada 24 Disember lalu. Menurut laporan dan isteri keduanya merupakan sahabat baik kepada isteri pertama Loqman.

Loqman memberitahu bahawa isteri keduanya merupakan rakan baik kepada isteri pertamanya. Mereka sudah lama berkawan.

Dia menegaskan, walaupun awalnya, isteri pertamanya yang merancang untuk bermadu dengan rakan baiknya sendiri, namun sebagai lelaki, Loqman masih tetap meminta izin isteri pertamanya untuk berpoligami.

Loqman sudah berkahwin dengan isteri pertamanya selama 12 tanun. Dan mereka sudah dikurniakan 3 cahaya mata. Loqman mendedahkan bahawa kehidupan dia dan isteri pertamanya baik baik sahaja dan bahagia seperti pasangan lain.

Loqman juga menasihati lelaki di luar sana agar sentiasa jujur dengan isteri mereka jika mereka ingin berpoligami.

Dalam majlis perkahwinan Loqman dengan isteri keduanya, si isteri pertama turut mengenakan pakaian yang sedondon tanda mengalu alukan dan menyantuni madunya.

Isteri pertama malah menjadi orang yang membantu Loqman meminang isteri keduanya.

“Ini pernikahan bukan kerana saya sahaja, namun meraikan juga isteri pertama menyambut kehadiran madu dengan memberi laluan buat madu berkongsi kebahagiaan bersama,” kata Loqman lagi kepada Sinar Harian.

Loqman akui ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkahwinannya yang kedua itu.

Ini bukanlah perkara baharu, isteri pertama meminta suami mereka beristeri dua. Sebelum ini terdapat juga berita di mana seorang wanita melamar rakan baiknya untuk suaminya kerana hidup sunyi tanpa kawan di rumah.

@sinarharianonline

Seorang mutawif menerima hasrat isterinya untuk meminang isteri kedua sebelum majlis pernikahan mereka diadakan di sebuah masjid pada 24 Disember lalu. Pada majlis akad nikah itu, isteri pertama turut hadir mengenakan jubah berwarna putih sedondon dengan isteri kedua. Muzik I Hope So – Instrumental Version by Artlist.io #FYP #SinarHarian Poligami Melaka #Madu #KahwinDua #Nikah #BeritaDiTikTok

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian