Luis Enrique berdepan hukuman berat termasuk penggantungan panjang kerana tindakannya menyerang dan mencekik Joao Pedro selepas wisel penamat aksi final Piala Dunia Kelab 2025.
Tindakan itu benar benar mencemari keindahan bola sepak. Terutama sekali daripada seorang pengurus yang disegani dan dikenali.
Luis Enrique naik hantu
Enrique dan PSG kecewa dengan kekalahan 0-3 di tangan Chelsea yang menamatkan impian mereka untuk memenangi 1 lagi piala untuk musim sempurna.
Selepas tamat perlawanan, pengurus berusia 55 tahun itu pergi ke arah Joao Pedro dan mencekik pemain itu dan menolaknya.
Menurut Daily Record, insiden itu kini dalam siasatan oleh FIFA. Dan pengurus itu berdepan dengan hukuman berat jika didapati bersalah.
🚨🤯 Luis Enrique to Joao Pedro! pic.twitter.com/ilnfWUYp5q
— EuroFoot (@eurofootcom) July 13, 2025
Sebelum ini kes paling berat melibatkan pengurus pasukan Ligue 1 adalah Paulo Fonseca yang dijatuhi hukuman penggantungan 9 bulan kerana menyerang pengadil.
Buat masa ini, Luis Enrique masih belum mahu mengulas tentang insiden tersebut. Namun dia benar benar emosi ketika dilabel ‘loser’ oleh wartawan.
Luis Enrique berkata: “Loser? Saya bukan seorang loser! Saya naib juara. Tiada loser dalam bola sepak peringkat tertinggi.
“Loser itu adalah manusia yang tidak bangun daripada katil mereka.”
https://x.com/TouchlineX/status/1944535532064891238
Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi menyifatkan pasukannya harus bangga setelah memenangi treble musim ini terutama sekali kejayaan menjuarai Liga Juara Juara Eropah sulung kelab itu.