Luis Enrique tampil cerita perkara sebenar tentang insiden tolak menolak dan pergaduhan selepas wisel penamat semalam.

Menurut Luis Enrique, dia kecewa melihat insiden seperti itu berlaku. Di mana ada pihak yang bertindak ganas dengan tolak menolak sesama mereka – kata Enrique seperti yang dilaporkan AS Football.

Enrique menuduh Enzo Maresca sebagai antara individu yang menolak pemain pemain PSG.

“Apa yang berlaku selepas tamat perlawanan adalah situasi yang semua orang boleh elakkan,” tegas Enrique yang kecewa dan menyalahkan pemain pemain dan pegawai yang terlibat dalam konfrontasi.

Ditanya tentang kenapa pula dia yang mencekik dan menolak Joao Pedro, Enrique menegaskan bahawa dia hanya cuba meleraikan pergaduhan antara pemain.

“Saya cuma datang untuk leraikan pemain pemain, kerana situasi sangat tegang.

“Kami semua patut mencegah situasi itu daripada terus menjadi semakin tegang. Saya tidak ada masalah nak bercakap tentangnya.

“Selepas tamat perlawanan, keadaan menjadi sangat tegang. Semua orang tolak menolak sebab ketegangan ini. Saya nampak sendiri Maresca menolak pemain pemain, dan orang di situ pun menolak dia.

“Perkara seperti ini patut kita semua elakkan. Dan apa yang saya lakukan cuma mahu meleraikan pemain pemain.

Dalam pada itu Daily Sports melaporkan FIFA sedang menyiasat insiden ini dan Luis Enrique berdepan dengan hukuman berat jika didapat bersalah.