Penyanyi dan komposer legenda Datuk M Nasir meminta 4U2C menghormati hak cipta dan berunding secara baik dengan Man Senoi.

M Nasir terpanggil untuk mengulas isu tersebut. Sebelum ini Ajai menerangkan kepada orang ramai makna hak cipta sesebuah lagu.

Di mana Man Senoi telah memenangi hak pemilikan intelek ke atas lagu lagu 4U2C selepas melalui proses di mahkamah.

4u2c
Foto: BERNAMA

Jadi, 4U2C tidak  boleh sewenang wenang membawakan lagu lagu milik Man Senoi tanpa kebenarannya.

Man Senoi dan isterinya Mama Rap menyatakan pihaknya tidak dihubungi langsung oleh 4U2C yang mahu mengadakan konsert akan datang.

Dan Man Senoi mempersoalkan, bagaimana kumpulan itu boleh mengadakan konsert tanpa lagu ciptaan mereka?

Terbaru Datuk M Nasir juga senada dengan Ajai. Ini kerana setiap orang ada hak masing masing dalam sesebuah karya. Dan dalam hal seperti ini, M Nasir menegaskan bahawa hak pencipta lagu adalah keutamaan.

‘4U2C Perlu Minta Izin Man Senoi,’ Ajai Mahu Semua Pihak Hormati Hak Cipta

Bercakap kepada mStar, beliau berkata: “Pencipta lagu ada hak yang kuat ke atas karyanya. Orang yang rakam lagu pun ada hak.

“Perkara ini perlu dibawa berbincang, itu akan lebih senang,” tegas M Nasir lagi.

Seterusnya, Datuk M Nasir menyatakan bahawa penganjur konsert tiada hak ke atas mana mana lagu yang menjadi milik komposer.

“Penganjur tiada hak. Sementara penyanyi pula, kalau  nak gunakan sesebuah lagu, mereka harus berurusan dengan pencipta.

“Biasanya tak perlu ‘deal’, namun bayar sahaja menerusi MACP. Namun jika pencipta lagu tak berikan kebenaran, dia masih ada hak,” tutup beliau.

Sebelum ini Along Exist menegaskan bahawa, setiap pihak boleh berbincang. Kerana konsert akan menguntungkan semua pihak.

Menurut Along Exist, Man Senoi pasti mahu mendapatkan sedikit hasil daripada lagu yang dia cipta dan menaikkan semula populariti lagu miliknya itu.

Sementara 4U2C pula boleh menaikkan semula nama mereka dengan lagu lagu hits nostalgia mereka.

AC Mizal beberapa hari lalu menyatakan bahawa mereka mengikut saluran yang betul. Namun dia tidak boleh memberikan komen lebih lanjut kerana isu berkaitan dengan lagu itu diuruskan pihak pengurusan.