Bukan hanya bergelar penyanyi, Tomok juga dikenali sebagai salah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan francais minuman popular dan sudah mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang.

Beberapa jam yang lalu, Tomok telah berkongsikan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang mendakwa pekerjanya seperti ‘dipukau’ seorang pelanggan ketika sedang berurusan di sebuah kiosk jualan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Tomok berkata, pekerja seperti didesak oleh lelaki itu untuk memulangkan baki wangnya, sedangkan beliau belum pun membuat apa-apa bayaran.

“Semalam staf saya macam kena scam di kedai kami, Chatime Setia City Mall. Dia datang pesan minuman dan terus minta duit baki, sedangkan dia tak bayar lagi duit untuk minuman tersebut.

“Kalau korang tengok video ini, dia macam paksa untuk dapatkan duit baki dengan cepat. Jadi staf saya bagilah duit baki yang dia mintak dalam RM87,” tulis Tomok.

Anggota kumpulan New Boyz itu berasa ralat dengan kejadian itu kerana dia baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Menjengah di ruangan komen, ada peminat Tomok yang pernah ‘terkena’ dengan individu yang sama dan berkata lelaki berkenaan memang sudah biasa buat onar dan jenayah yang sama di restoran atau kedai di pusat membeli belah.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga pernah membuat pembayaran menggunakan wang palsu kepada peniaga serta bermasalah sebagai penyewa rumah.

Dalam pada itu, Tomok sudah membuat laporan polis dan meninggalkan pesanan supaya orang lain lebih berhati-hati agar tidak melalui situasi yang sama sepertinya.