Sejak beberapa hari lepas, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Hatiin, 6, meninggal dunia akibat dunia di Damansara Damai, Disember lalu telah direman selama 7 hari di Mahkamah Majistret.
Difahamkan kedua-dua individu itu telah direman mengikut siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Susulan itu, mulalag timbul spekulasi negatif yang dilemparkan kepada mereka menerusi media sosial sedangkan kes masih dalam siasatan.
Tidak mahu perkara ini berlarutan dan disalah erti lagi , seorang bekas peguam lalu tampil penjelasan berkaitan ibu bapa Zayn Rayyan yang direman baru-baru ini.
Jelasnya, tindakan ini adalah satu perkara asas apabila siasatan dijalankan tidak boleh menemui suspek dari luar, pihak berkuasa menyiasat kes itu secara ‘dalaman’ pula.
Bekas peguam yang lebih dikenali sebagai Reina Lum turut memberikan satu gambaran kes untuk lebih mudah fahami oleh orang awam, misalnya macam kes rompak dalam satu rumah.
“Kalau awak dah tak jumpa orang dari luar yang nak rompak rumah awak, awak kena tengok siapa kat dalam yang boleh buat kerja tu. Jujur saya cakap ia adalah sebahagian daripada menghapuskan apa-apa kemungkinan sebab sebagai penyiasat memang kena semak semua aspek.
“Tak semstinya orang itu ibu bapa atau orang yang dipercayai terus ruled out (terkecuali) jadi suspek,” katanya lagi.
Jadi, dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan ini, Reina menjelaskan bahawa pihak polis sendiri sedang menyiasat dari setiap sudut yang baginya ia adalah satu perkara yang sepatutnya dilakukan.
“Korang kena faham ditahan reman ini tidak bermaksud mereka di ‘charge’ (didakwa), maksudnya mereka hanya di dalam, untuk tolong siasatan itu,” terangnya lagi.
Reina juga turut menegaskan bahawa segala laporan mengenai testimoni yang bercanggah atau penemuan bukti baharu itu adalah spekulatif semata-mata.
@reinalum Replying to @fabulousbyrini Reina actually nak tunggu keputusan polis. The actual charge is not done yet. Tapi mungkin sebab parents dia kena tahan siap baju oren, orang terus buat spekulasi.. #fypmalaysia #zaynrayyan
Namun begitu, Reina turut menasihati orang ramai agar tunggu keputusan polis, jangan cepat buat andaian biarpun kita semua prihatin dengan kes ini demi mendapatkan keadilan buat adik Zayn Rayyan.
Dengan perkongsian video berkenaan, dapat dilihat orang awam mula lebih memahami dengan isu penahanan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan pada baru-baru ini.