Datuk Aishah Ariffin membeitahu bahawa dirinya tidak mahu lagi menyertai pertandingan realiti nyanyian kerana sudah penat menerima kritikan netizen yang dibimbangi boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.

Menurut laporan, Aishah berkata dia mahu memberi fokus kepadat ibadat dan memenuhi undangan nyanyian sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya fikir tidak mahu masuk lagi (pertandingan realiti nyanyian). Saya mahu buat ibadat, macam orang cakap, sudah-sudahlah sebab sudah tua. Apa yang saya perasan daripada kecaman yang diberi, seolah-olah beransur tua ini adalah perkara berdosa.

“Kita tiada lagi hormat kepada orang yang berusia daripada kita. Bagi saya, saya hendak lawan satu-satu pun penat. Saya sudah sampai tahap, kalau dalam keadaan toksik, saya buang toksik itu. Saya mahu tenang. Sekarang media sosial ada kebaikan dan keburukan.” ujar Aishah.

Malah, Aishah juga meletakkan status privasi kepada akaun media sosial dan bertindak menyekat netizen yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya.