Konsert kumpulan muzik antarabangaa Coldplay bakal diadakan pada minggu depan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah mendapat bantahan daripada Majlis Ulama ISMA (MUIS).

Pengerusi MUIS, Datuk Zamri Hashim, meminta pihak berwajib membatalkan konsert itu bagi menghormati perasaan kesedihan dan simpati terhadap saudara Islam di Palestin yang sedang dibom dan diserang hingga melibatkan lebih 11,000 nyawa terkorban.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam adalah sangat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam.

“Apatah lagi kumpulan itu terpalit dengan tohmahan menyokong arus songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” katanya di dalam laman rasmi MUIS.

Menurutnya,MUIS juga meminta semua umat Islam tidak terlibat dengan penganjuran konsert tersebut.

Timbalan Mufti Perak itu mengingatkan bahawa kelalaian umat Islam terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah suatu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan kelak.

Beliau menegaskan lagi, MUIS menggesa semua pihak agar tidak berlepas diri daripada tanggungjawab membantu dan menolong saudara seislam di Palestin melalui semua aspek terutamanya doa, sumbangan dan sebaran keprihatinan kepada seluruh masyarakat.

Sumber