Baru-baru ini semasa Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida telah mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada 4-5 November, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang untuk menghidangkan tetamu kehormat dengan buah durian.

Detik-detik bermakna itu dirakam dan dikongsikan oelh jurugambar Perdana Menteri, Sadiq Asyraf di laman sosial X miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi gambar-gambar itu, Anwar Ibrahim dirakam melihat Fumio Kishida menjamah isi durian daripada dua ulas buah yang diletakkan di atas piring.

Dalam pada itu, warganet lebih tertarik melihat Perdana Menteri Jepun memakan buah durian itu dengan menggunakan sudu dan garfu.

Ramai warganet menyaran merasa buah tersebut dengan makan menggunakan tangan. Menurut orang ramai, makan durian dengan menggunakan tangan mempunyai rasa lebih sedap yang luar biasa.

Sementara itu, Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Takahashi Katsuhiko menyatakan momen itu adalah ‘Diplomasi Durian’ — cara paling mudah untuk berkenalan dengan Malaysia.

Anda boleh lihat reaksi Perdana Menteri Jepun itu menerusi video di bawah. Nampaknya Fumio Kishida tiada masalah untuk makan ‘Raja Buah’ itu.

Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertepuk tangan selepas mendapat feedback yang baik daripada tetamu terhormatnya itu.

Pertemuan Perdana Menteri Malaysia dan Jepun dianggap sebagai detik bersejarah kerana bertepatan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun pada tahun ini.

Hingga Jun 2023, syarikat Jepun telah melaksanakan lebih 2,700 projek di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion.