Lima wakil negara meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir kejohanan badminton Malaysia Masters 2024 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Daripada senarai lima wakil tersebut, salah satunya sudah pun mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila pasangan beregu campuran akan bertemu sesama sendiri petang esok.
Baca Juga:
- Malaysia Masters 2024: Sembilan Wakil Malaysia Ke Suku Akhir
- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton
- Video: Aksi Padu Lee Zii Jia Pukau Peminat Badminton Dunia
Yang paling mencuri tumpuan sudah pastinya kejayaan Lee Zii Jia menundukkan pemain ranking keempat dunia, Anders Antonsen 21-16, 19-21, 21-11 serta kejayaan Arif Junaidi-Yap Roy King mengejutkan Rasmus Kjaer-Frederik Soogard dari Denmark 21-18, 14-21, 21-18.
Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie beraksi cemerlang untuk mengatasi gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 12-21, 21-17, 21-17.
Kemenangan tersebut menyaksikan pasangan suami isteri itu akan menentang rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menundukkan satu lagi gandingan Malaysia iaitu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.
Slot kelima diisi oleh pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan wakil Australia, Angela Yu-Setyana Mapasa 21-16, 21-8.
Hasrat untuk melihat dua pasangan beregu lelaki negara turut ke separuh akhir tidak kesampaian selepas pilihan pertama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada Jin Yong-Na Seung Sung 21-11, 19-21, 21-19 dan Goh Sze Fei-Nur Izzudin pula dikecewakan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 19-21, 17-21.
Berikut merupakan jadual perlawanan separuh akhir Malaysia Masters 2024 melibatkan pemain Malaysia esok:
1) Lee Zii Jia lawan Angus Ng Ka Long (Hong Kong)
2) Junaidi Arif-Yap Roy King lawan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Denmark)
4) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Lee Yu Lim-Shin Seung Chan (Korea Selatan)
5) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lawan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie